16 Aug 2016

KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 (2017)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan mula dilaksanakan pada tahun 2017. Bagi memastikan pelaksanaan KSSM berjalan seperti yang sepatutnya, kursus orientasi KSSM akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah.

Bagi memastikan kelancaran kursus orientasi di peringkat daerah, semua guru-guru yang akan menghadiri kursus berkenaan perlu memuat turun bahan-bahan untuk keperluan kursus berkenaan. Peserta perlu mencetak Dokumen  Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan dibawa semasa kursus.

Pautan bahan orientasi KSSM mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1

Guru-guru yang menghadiri kursus ini perlu menyebarluaskan atau mengadakan LDP kepada semua guru-guru di sekolah.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment