3 Aug 2016

EDARAN BAHAN BAGI KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PEDAGOGI SEJARAH TAHUN 2016

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi tahun 2016 bertujuan membantu guru-guru memiliki kemahiran pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam bidang Pedagogi Sejarah. 

Seramai sebelas orang guru daerah Langkawi daripada sebelas buah sekolah rendah telah mengikuti kursus berkenaan yang telah diadakan pada 18 - 20 Julai 2016 bertempat di IPGK Perlis. 

Disertakan bahan yang dikongsi semasa kursus untuk kegunaan semua sekolah rendah sebagai sumber rujukan bagi menjalankan PdP Sejarah di sekolah dengan lancar. 

*Bahan dalam bentuk CD juga telah diedarkan ke sekolah pada 3 Ogos 2016. 

No comments:

Post a Comment