22 Aug 2016

PROGRAM SATU SEKOLAH SATU KAJIAN TINDAKAN (1S1KT) DAERAH LANGKAWI

Berikut disenaraikan kajian tindakan yang telah dihasilkan bagi daerah Langkawi

BIL TAJUK MP PENGKAJI LINK
1.TEKNIK PENA MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN TIGABMRIZAZUL BIN ISMAILlink









16 Aug 2016

KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 (2017)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan mula dilaksanakan pada tahun 2017. Bagi memastikan pelaksanaan KSSM berjalan seperti yang sepatutnya, kursus orientasi KSSM akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah.

Bagi memastikan kelancaran kursus orientasi di peringkat daerah, semua guru-guru yang akan menghadiri kursus berkenaan perlu memuat turun bahan-bahan untuk keperluan kursus berkenaan. Peserta perlu mencetak Dokumen  Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan dibawa semasa kursus.

Pautan bahan orientasi KSSM mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1

Guru-guru yang menghadiri kursus ini perlu menyebarluaskan atau mengadakan LDP kepada semua guru-guru di sekolah.

Sekian, terima kasih

3 Aug 2016

EDARAN BAHAN BAGI KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PEDAGOGI SEJARAH TAHUN 2016

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi tahun 2016 bertujuan membantu guru-guru memiliki kemahiran pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam bidang Pedagogi Sejarah. 

Seramai sebelas orang guru daerah Langkawi daripada sebelas buah sekolah rendah telah mengikuti kursus berkenaan yang telah diadakan pada 18 - 20 Julai 2016 bertempat di IPGK Perlis. 

Disertakan bahan yang dikongsi semasa kursus untuk kegunaan semua sekolah rendah sebagai sumber rujukan bagi menjalankan PdP Sejarah di sekolah dengan lancar. 

*Bahan dalam bentuk CD juga telah diedarkan ke sekolah pada 3 Ogos 2016.